Lampu merah
- kota seolah memberi tanda
Kota yang dipenuhi dengan lampu merah dihadapanku, seolah memberi tanda bahawa hubungan ini sampai sini sahaja. Bolehkah tuhan beri konsekuansi apa lagi jika aku teruskan sesuatu yang beri apa aku ada harini?
Harini rasa beku, bukan dari angin tapi rasa dingin yang dia beri. Tatapannya semalam itu mampu buat aku mencengkam kedua bahuku sendiri. Matanya dahulu yang penuh dengan rasa cinta, tak sangka ubah menjadi tatapan yang paling aku tidak inginkan.
Bagaimana semalam kau kata cinta dan hari ini kau bangun dengan rasa yang kosong?
Tatapan yang relakan aku pergi. Walhal perkara aku lepaskannya langsung tidak pernah terdetik, langsung tidak pernah aku ulik. Aku ingin hidup di dunia dengannya.
Lalu tubuh aku kembali ke masa aku kecil, serasa ditinggalkan, tidak didengarkan dan langsung peluang menerangkan tak dia beri padaku. Aku seperti anak kecil. Lagi dan lagi.
Anak kecil yang ditinggalkan ibu bapanya. Tiada siapa untuk dipegang, dibergantung harapnya, tiada siapa.
- chengal


dr ma is so proud of u🤤🤤😘😘😘🥰😍😂😂😂😂